Musim memburu telah tiba?


 Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama seperti pagi semalam juga. Radiosonde WxR-301D 2302105840 jatuh di Jalan Kenangan Lama, Banting. Altitud ketinggian terakhir hanyalah 109m sahaja. Memang boleh dicari selagi ia tidak diganggu oleh orang lain. Kemungkinan berdekatan dengan ladang ternakan ayam atau kilang minyak kelapa sawit membolehkan ia dijumpai orang terlebih dahulu.


Belon Klia pagi semalam radiosonde WxR-301D 2302105860 jatuh di Jalan Kenangan Lama, Banting dengan altitud ketinggian terakhir 416m. Stesen radiosonde 9W2MDZ di Nilai berjaya mencerap pada ketinggian tersebut. Jatuh pada jam 9:39 pagi semalam bertarikh 18 April 2024.


Manakala, belon Klia radiosonde WxR-301D 2302105857 malam tadi telah jatuh di Tongkah, jalan ke Morib. Berdekatan tepi jalan kampung. Nasib baik macam di dalam kawasan kelapa sawit. Altitud ketinggian terakhir 384m. Bekerja dengan baik stesen radiosonde 9W2MDZ di Nilai pada kali ini juga. Altitud ketinggian maksimum adalah 28,716m.



Malam kelmarin pula, belon Klia telah jatuh bersebelahan runway. Belon pecah awal pada ketinggian17,208m. Kemungkinan cuaca buruk malam itu menjadi punca ia telah pecah terlebih awal. Radiosonde WxR-301D 2302195854 telah masuk kawasan larangan. Altitud ketinggian terakhir adalah 174m. Kemantapan stesen radiosonde 9W2MDZ di Nilai membolehkan ketinggian terakhir serendah mungkin. Lagi rendah altitud, lagi mudahlah pencarian dijalankan.


Sebelah tengah hari pula Met Malaysia Sepang telah melepaskan belon ozon. Mendarat jam 13:32 petang dengan altitud ketinggian terakhir 155m. Sekali lagi stesen radiosonde 9W2MDZ di Nilai berjaya mencerap radiosonde WxR-301D 1032305058 dengan cemerlang. Belon ozon ini berjaya mencecah altitud ketinggian maksimum 36,243m. Koordinat 2.7312 darjah Utara dan 101.52087 darjah Timur.

Credit 9W2MFE
Jam 4:34 petang Yatt 9W2MFE telah melaporkan dalam group kejayaan menjumpa belon ozon tersebut. Penemuan kali ke-lima belon ozon dalam sejarah peribadi. Tahniah Yatt 9W2MFE atas kejayaan menjumpai belon ozon secara solo.


Video rakaman oleh Yatt 9W2MFE ketika kejayaan menemui belon ozon pada petang tadi.

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

Dua Belon KLIA pagi ini


 Pada pagi ini Met Malaysia Sepang telah melepaskan dua buah belon kajicuaca. Jangkaan mendarat di Pulau Carey.


Pertama belon WxR-301D 2302104472


Belon kedua WxR-301D 2302105856


Belon pertama yang mendarat WxR-301D 2302104472 jam 9:30 pagi. Jatuh di selatan Pulau Carey menghampiri hutan bakau pada latitud ketinggian terakhir 418 meter. Altitud ketinggian maksimum adalah mencapai 30,046m.


Belon kedua mendarat jam 9:51 pagi adalah radiosonde WxR-301D 2302105856. Altitud ketinggian terakhir adalah 396m lebih rendah daripada belon pertama. Sayangnya merujuk peta jatuh dalam kawasan hutan paya bakau. Ketinggian maksimum lebih rendah sedikit berbanding belon pertama iaitu 29,719m.


Kedua belon jatuh berhampiran anatara satu sama lain di bahagian selatan Pulau Carey. Belon pertama boleh dicari manakala belon kedua sukar kerana berada di dalam kawasan hutan paya bakau.

Selamat memburu!

73, Jojet de 9w2dya

Monitor Airband 135.250MHz


 Pada malam semalam berjaya mengesan 20 aircraft melalui airband frekuensi 135.250MHZ. Jalur ini merupakan kapal terbang berlepas di KLIA. Aircraft pertama bermula memantau jam 22:01 dari base station Bangi Lama menggunakan hand-held UV-K5 bantuan antena Nagoya NA-771. MAS8610 Malaysia Airlines pendaftaran 9M-MLK jenis B738 merupakan aircraft yang pertama berjaya dikesan.


Aircraft kedua jam 22:09 adalah AXM5228 Air Asia pendaftaran 9M-AGU. Jenis kapal terbang A320.


Aircraft ketiga jam 22:10 adalah AXM13 Air Asia pendaftaran 9M-AGO. Jenis kapal terbang A20N.


Aircraft keempat jam 22:12 adalah AXM9644 Air Asia pendaftaran 9M-AFV. Jenis kapal terbang A320.


Aircraft kelima jam 22:15 adalah MAS727 Malaysia Airlines pendaftaran 9M-MXF. Jenis kapal terbang B738.


Aircraft keenam jam 22:21 adalah AXM5116 Air Asia pendaftaran 9M-RAG. Jenis kapal terbang A320.


Aircraft ketujuh jam 22:23 adalah MARS108 Malaysia Airlines pendaftaran 9M-MXA. Jenis kapal terbang B738.


Aircraft kelapan jam 22:28 adalah MAS2626 Malaysia Airlines pendaftaran 9M-MXD. Jenis kapal terbang B738.


Aircraft kesembilan jam 22:40 adalah MAS179 Malaysia Airlines pendaftaran 9M-MXB. Jenis kapal terbang B738.


Aircraft kesepuluh jam 22:42 adalah MXD820 Batik Air pendaftaran 9M-LRV. Jenis kapal terbang B38M.


Aircraft kesebelas jam 22:44 adalah MAS7454 Malaysia Airlines pendaftaran 9M-MVA. Jenis kapal terbang B38M.


Aircraft keduabelas jam 22:51 adalah AIQ420 Air Asia pendaftaran HS-CBD. Jenis kapal terbang A320.


Aircraft ketigabelas jam 22:54 adalah AWQ555 Air Asia pendaftaran PK-AZG. Jenis kapal terbang A320.


Aircraft keempatbelas jam 22:55 adalah MAS139 Malaysia Airlines pendaftaran 9M-MTM. Jenis kapal terbang A333.


Aircraft kelimabelas jam 22:57 adalah JAL724 Japan Airlines pendaftaran JA619J. Jenis kapal terbang B763.


Aircraft keenambelas jam 23:02 adalah XAX504 Air Asia pendaftaran 9M-XXV. Jenis kapal terbang A333.


Aircraft ketujuhbelas jam 23:15 adalah MAS204 Malaysia Airlines pendaftaran 9M-MXK. Jenis kapal terbang B738.



Aircraft kelapanbelas jam 23:16 adalah AWQ127 Air Asia pendaftaran PK-AZN. Jenis kapal terbang A320.


Aircraft kesembilanbelas jam 23:17 adalah MAS609 Malaysia Airlines pendaftaran 9M-MSA. Jenis kapal terbang B738.


Aircraft keduapuluh jam 23:21 adalah MAS196 Malaysia Airlines pendaftaran 9M-MTV. Jenis kapal terbang A332.

Selamat Memburu!

73, Jojet de 9w2dya

Tanda Rujukan Ukur B 05782-1 dan B 05679-1

Misi menjejak batu tanda sempadan negeri Putrajaya/Selangor diteruskan pada pagi tadi. Mula mencari di sekitar Presint 5 bersebelahan Kampung Tok Aminuddin. Tiada batu tanda sempadan dapat dikesan.


Sebelum itu memandu dari base stesen terus menghala ke Dengkil. Melepasi sempadan Sepang/Hulu Langat berhenti di bahu jalan. Berpatah balik bawah jejambat Lebuhraya PLUS untuk melihat semula stesen tanda aras yang terdapat di situ.


Pada 4 Februari 2024 pernah mencari batu aras di bawah jambatan ini. Hanya terlihat semburan cat merah tertera BM sahaja. Pada kali ini, cuba mencari memandang plate juga boleh di bina di atas konkrit culvet atau JBA. Berdasarkan pengalaman itu, nescaya stesen ini pasti ada di situ.


Rupanya, betul berada di hujung tiang menghala ke Dengkil. Dedaun menutup atas konkrit tersebut. Terpaksalah membersihkan atas konkrit yang terdapat plate tersebut.


Terdapat kesan semburan cat berwarna biru tertera BM. Penghujung konkrit bawah jambatan Lebuh raya PLUS. Sebelum ini hanya menjangkakan ia seperti yang biasa dilihat bersegi empat tersebut. Rupanya plate berada di atas konkrit. BM#175 B 2010 di bawah jambatan Lebuh raya PLUS sempadan daerah Sepang/Hulu Langat. Koordinat 2.899910 darjah Utara dan 101.766750 darjah Timur.


Seterusnya ingin mencari stesen tanda aras B 2229 di bawah jambatan lebuh raya juga. Berpatah balik ke kereta berdekatan dengan stesen tanda aras B 00373 bersebelahan papan tanda Sepang. Terpaksalah membersihkan rumput-rumput yang menutup batu tanda aras tersebut. Perjalanan di teruskan melalui Jenderam Hulu ke bawah jambatan lebuh raya Elite.


Tiang pertama jambatan ini telah terlihat semburan cat merah tertera BM. Ada anak panah menunjukkan kedudukan batu tanda aras tersebut. Setelah dilihat tiada apa-apa tanda ia berada di situ. Rasanya plate telah ditimbus oleh tanah-tanah yang bertahun-tahun di situ. Konkrit yang tinggi seperti jambatan PLUS itu tiada. Agak sukar menentukan lokasi sebenar stesen ini.


Bergerak dari Presint 5 terus ke Maeps, Serdang. Tujuan bagi melihat batu sempadan paling utara Putrajaya. Ia merupakan kawasan kolam berpaya menjadi punca bagi tanah bencah Putrajaya.


Tiba berdekatan sebelum pintu masuk Maeps, Serdang. Kereta diparkir manghadap laluan yang ditutup. Terlihat Tanda Rujukan Ukur di atas bahu jalan. Tanpa berfikir panjang terus mendokumentasi penemuan pertama ini.


Terlihat juga semburan cat merah pada penghadang jalan tertera CRM. Rujukan google membawa maksud 'Coordinated Reference Mark'. CRM#1 nombor stesen B 05782-1 berdekatan penghujung sempadan Putrajaya.


Pemandangan di ambil di tepi jalan Maeps Serdang. Kawasan kolam menjadi punca air ke kawasan tanah bencah Putrajaya. Air sungainya berpunca dari kolam di UPM Serdang.


Bergerak ke depan lagi terlihat tanda 'HZ' di atas jalan yang sama. Perkataan 'HZ' ini sering dilihat pada aktiviti persempadanan negeri. Merujuk googel ternyata 'HZ' berkait rapat dengan persempadanan. Satu lagi maklumat berkait rapat dengan frekuensi.


Kelihatan yang ada kolam itu merupakan kawasan Putrajaya. Sebelah kiri berpagar pula milik Mardi ada plot kelapa.


Kawasan berkawat duri milik Putrajaya. Ada papan tanda amaran berkaitan aktiviti yang dilarang oleh orang awam. Ternyata tiada batu sempadan. Hanya kawasan yang berpagar menandakan Putrajaya sahaja.


Kawasan kolam persekitaran yang kemas dijaga rapi. Tidak pasti pintu masuknya di mana? Pasti menjadi kawasan tadahan yang perlu dijaga dengan baik sekali.


Selepas berpuas hati tiada batu sempadan sekadar pagar berkawat duri sahaja. Memandu terus mencari batu sempadan arah ke Putrajaya link.


Tiba Putrajaya link meltak kereta di tepi jalan berhadapan dengan papan tanda Putrajaya. Keluar sahaja kereta telah melihat batu tanda sempadan negeri 2/11. Berdekatan dengan konkrit JBA di atas rizab jalan berrumput. Koordinat 2.927894 darjah Utara dan 101.668463 darjah Timur.


Seterusnya menghala ke laluan sikal terlihat empat batang batu tanda yang dibaringkan. Batang batu sempadan ni dibaring di tepi tebing. Nombor stesen yang terlibat adalah 2/13, 2/14, 2/16 dan 2/17. Inilah ukuran sebenar sebelum ditanam di dalam tanah. Monumen milik Jupem ini telah ditanggalkan dari tempat asalnya.


Seterusnya sudah kelihatan batu tanda sempadan negeri yang terselamat tidak ditanggalkan. Stesen 2/15 berdiri megah pada persekitaran rumput yang baru sahaja ditanam. Kerja membersihkan tanah di persekitaran paip JBA dipercayai empat batu telah dicabut dari kedudukan asal.


Terowong laluan motorsikal yang tidak lagi digunapakai. Gelap dan licin akibat mendapan tanah berlumpur sangat bahaya untuk pengguna jalan raya. Haiwan liar menggunakannya untuk bergerak tanpa rasa diancam. Negara maju membina terowong bagi hidupan liar bergerak bebas sepanjang lebuh raya atau jalan utama. Ini dapat mengelakkan dari dilanggar kenderaan. Ini merupakan laluan sikal bagi laluan FT029 Puchong - KLIA.


Melepasi kawasan berpagar JBA yang sedang sibuk diselenggara oleh para pekerja. Bertegur sapa dengan pekerja yang berada di dalam pagar tersebut. Melewati mereka terlihat batu tanda sempadan negeri 2/18. Bermula dari sini dua batu telah tercabut adalah 2/17 dan 2/16. Stesen yang selamat 2/15 bersambung kepada 2/14 dan 2/13. Stesen 2/12 tidak diketemui.


Seterusnya menyusur lagi laluan berpokok hingga bertemu 2/20. Kawasan sempadan di sini merupakan kawasan hutan belukar menjadi sempadan bagi kawasan bersebelahan Putrajaya Sentral. 


Kedudukan stesen 2/21 agak ke bawah di tepi tebing longkang bergaung. Nasib baik tiang batu ini berwarna putih. Ini memudahkan dikesan walaupun berada dipersekitaran bawah kanopi pokok.


Kelihatan stesen 2/22 agak unik hanya menggunakan besi paip sahaja. Bawah bersimen tertulis 2/22. Ukuran sempadan berdekatan banir pokok. Ini menyebabkan tiang batu tidak dapat ditanam. Ini usaha terbaik bagi melestarikan alam sekitar. Syabas Jupem menegekalkan warisan tumbuhan untuk tatapan generasi masa hadapan.


Masih menjejak laluan Juruukur yang bertungkus-lumus membina jajaran batu sempadan negeri ini. Kawasan bawah pokok yang lapang memudahkan laluan menjejak dari batu ke batu yang lain. Stesen 2/23 ditemui seterusnya.


Begitu juga stesen seterusnya 2/25. Kelihatan persekitaran batu ini dikelilingi dauan-daun pokok yang gugur. Ini menggambarkan kawasan pokok yang besar tumbuh dikeliling. Selain jejak Juruukur, jejak haiwan liar seperti babi hutan turut dapat dikesan. Kesan menyondol mencari cacing di tanah banyak dapat dilihat.


Stesen 2/26 berada di kelilingi spesies pakis. Namun masih dilantai tanah merupakan duan-daun mati masih banyak kelihatan. Agak terlindung. Memerlukan ketajaman penglihatan bagi menjejak batu ini. Namun, warna putih tersebut sangat banyak membantu.


Kembali persekitaran pokok-pokok yang lapang bagi stesen 2/27. Persekitaran daun-daun mati ini menggambarkan pokok-pokok besar memayungi dari mentari. Beberapa tahun lagi, pasti tiang batu ini diliputi lumut.


Stesen 2/29 berada ditebing berrumput yang di kelilingi dauan-daun mati juga. Sudah pasti mudah dilihat kerana terdedah dengan cahaya matahari kawasan agak lapang.


Kembali semula di bawah pokok. Namun, kelihatan di belakang batu ini rumput hijau bersemak tumbuh meliar. Pokok-pokok besar masih hidup menjadikan ekosistem yang sempurna mengekalkan bekalan oksigen. Stesen ini 2/30 dikelilingi daun-daun mati di atas tanah.


Stesen 2/31 berada di kawasan kegemaran babi hutan menyondol mencari cacing. Belakang tiang batu rumput hijau dan lalang tumbuh meliar. Masih di bawah kanopi pokok.


Jejak stesen 9W2DYA-5 ketika mencari batu-batu sempadan tersebut. Boleh diperhatikan pada tangkap layar di atas Jalan P7C berada di sebelah Putrajaya manakala laluan FT029 berada di sebelah Selangor. Putrajaya link diselenggarakan oleh syarikat konsesi lebuh raya E6 Elite.


Selapas batu 2/31 kawasan mula bersemak dipenuhi resam. Rupanya kawasan ini merupakan kawasan berbukit yang agak tinggi di penghujung berhampiran susur keluar Putrajaya Sentral. Batu paling hujung dikesan adalah 2/38 kelihatannya.


Menghampiri susur keluar dari Putrajaya Sentral kelihatan satu lagi Tanda Rujukan Ukur di atas jalan jalan. CRM#2 B 05679-1 penemuan yang kedua bagi kali ini.


Lupa nak mencerap koordinat bagi CRM#2 ini. Mudah sahaja lokasinya. Betul-betul penghunjung penghalang jalan susur keluar Putrajaya Sentral menghala ke Dengkil.


Seronoknya menjejak batu barkaitan dengan Jupem ini adalah pasti juruukur meninggalkan tanda. Semburan cat merah tertera CRM pada penghujung jalan memudahkan pencarian. Ini semuanya kebetulan sahaja. Misi utama adalah mencari batu tanda aras dan batu tanda sempadan negeri. Bonus di depan mata tidak boleh dilepaskan. Pastilah selepas ini Tanda Rujukan Ukur (CRM) menjadi sasaran pemburuan juga.


Kemudian berpatah balik mencari batu-batu yang tertinggal. Berjaya juga menjejak stesen 2/32 berada dikelilingi pokok resam. Warna putih tiang batu ini menjadi pedoman mudah dijejaki. Sebab itulah pencarian perlu mencari menggunakan kedua-dua arah. Arah pergi dan arah balik. Mungkin yang terlepas tadi boleh dikesan apabila mencari arah yang berlawanan pula. Sebab itulah pandangan jangan satu arah sahaja, perlu berani menerima pandangan arah berbeza bagi mengembangkan lagi potensi kejayaan.


Stesen seterusnya yang berjaya dijumpai adalah 2/24. Kawasan resam memang agak sukar dan menyorokkan tiang batu-batu ini. Pandangan pertama tidak berjaya. Namum, pandangan dari arah berbeza berjaya menemukan bagi percubaan kedua.


Pokok periuk kera berjaya ditemui kawasan antara stesen 2/18 dan 2/20. Mungkin kawasan pokok resam yang tebal ini kedudukan bagi 2/19. Pokok periuk kera hidup subur juga di kawasan tanah rendah seperti Putrajaya ini. Kebiasaannya banyak di temui hidup subur di dataran tanah tinggi seperti  Cameron Highland dan Lojing.


Pemandanga dari stesen 2/18 menghadap 2/15 yang terselamat dari dicabut oleh kerja-kerja pembersihan kawasan. Kawasan berpagar tersebut milik JBA bagi sistem pemantauan air paip. Ini hasil pertanyaan penulis kepada salah seorang pekerja tersebut. Sangkaan penulis menara telekomunikasi akan didirikan. Setelah bertanya barulah tahu kawasan berpagar tersebut adalah pusat pemantauan paip air bagi pelbagai fungsi seperti mengesan tekanan dan isipadu. Zaman teknologi berkomputer kini memudahkan kerja pemantauan dan penyelenggaraan. Maklumat di hujung jari sahaja. Data-data dianalisis dengan pantas bagi memudahkan mendapat hasil serta membuat keputusan.


Kemudian terus ke papan tanda Putrajaya bagi melihat batu sempadan. Tiba belakang papan tanda biru yang tegak berdiri itu, berjaya menemui dua tanda sempadan yang telah diukur dengan tepat. Stesen 2/10-1 bentuk bulat. Paku ditengah dan terbahagi dua tertera Sel untuk Selangor dan WP untuk Putrajaya. Permukaan bulatan disembur cat merah sedikit. Ada anak panah pada paku di tengah bulatan.


Manakala sebelahnya adalah stesen 2/10 berbentuk petak. Ada paku atau bolt ditengah petak itu. Anak panah menunjukkan titik ukur tersebut memisahkan sebelah kanan Wilayah dan sebelah kiri Selangor. Plastik sebagai acuan petak hampir tertanggal sudah. Angka 2/10 berada di bawah titik.


Berdiri dari titik sempadan itu sempat mengambil gambar tren ERL berlepas dari Putrajaya Sentral. Pokok resam memenuhi persekitaran menunjukkan berada di kawasan berbukit sebenarnya.


Pemandangan sebenar stesen 2/10 dan 2/10-1 di belakang papan tanda biru Putrajaya yang megah berdiri menyambut kehadiran pengunjung. Sebelah belakang papn tanda tersebut ada culvet milik JBA.

Selesai sudah misi pada pagi itu. Alhamdulillah berjaya menemui satu stesen tanda aras (BM), 2 stesen tanda rujukan ukur (CRM) dan 22 stesen tanda sempadan negeri Putrajaya/Selangor.

Selamat Menjejak!

73, Jojet de 9w2dya

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...