Air Terjun Sungai Lepoh, Hulu Langat

Air Terjun Sg. Lepoh


EveryTrail - Find trail maps for California and beyond

Pada 26 April yang lalu aku berkesempatan untuk melakukan aktiviti trekking ke Air Terjun Sungai Lepoh bersama Kadet Polis SMKBTHO2, Cheras.

Aku secara sukarela bertugas sebagai sweeper dalam akvitivi trekking ini yang disertai oleh 30 pelajar dan 9 orang guru termasuklah aku.

Pelajar menaiki bas dari sekolah manakala aku memandu bersama dua orang guru. Aku mengambil Farouk di Seri Putra manakala Ustaz Din di Semenyih. Kami sempat bersarapan di sebuah warung turut dimiliki oleh guru yang pernah berkhidmat di sekolah ini.

Perancangan ke Sungai Lepoh melalui Semenyih melalui Jalan Sungai Lalang malangnya tanah runtuh telah menghalang laluan untuk dilalui. Kejadian tanah runtuh yang telah lama berlaku masih belum siap sepenuhnya untuk dilalui. Terpaksa mengikut semula keluar ke Pekan Semenyih dan melalui Saujana Impian seterusnya ke Pekan Batu 9 Cheras.

Lebih kurang jam 9.45 pagi kami tiba ditempat yang dituju, sementera peserta bersiap sedia untuk melakukan aktiviti yang lasak ini. Peserta telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberi bahan-bahan dan peralatan untuk memasak di air terjun.

Perjalanan melintasi Sungai Lepoh yang deras melaui celah-celah batu dan dua batang titi selepas itu. Perjalanan semakin mendaki melalui kawasan kebun buah-buahan orang asli. Beberapa ekor anjing memerhatikan pergerakan kami tanpa diganggu.

Semakin lama perjalanan semakin mencabar dan melalui kawasan buloh. Ustaz Din dan Asri menebang buluh untuk digunakan dalam aktiviti memasak. Selepas buluh dipotong pelajar lelaki ditugaskan untuk membawanya.

Trekking ini dipandu olah Farouq yang pernah sampai baru-baru ini. Sepanjang perjalanan dan pendakian kami dihubungkan melalui penggunaan radio dua hala. Segala maklumat pergerakan dapat di sampaikan dengan baik tanpa sebarang masalah.

Setelah memasuki kawasan hutan perjalanan semakin mencabar kerana terpaksa melalui pendakian bukit yang agak curam. Beberapa kumpulan pelajar dari sekolah lain telah berselisih dengan kami ketika turun dari air terjun. Mereka berjalan laju sahaja kerana berlenggang sahaja tanpa membawa sebarang peralatan dan beg.

Terdapat paip air besar untuk mengalirkan air dari empangan di sungai lepoh ke Pangsun. Tidak pastilah tujuan digunakan untuk hidroelektrik ataupun bekalan air. Batang paip ini tidak berfungsi lagi.

Setelah mendaki jalan mendatar terus ke sebuah pondok atau rumah lama yang tinggal bumbung sahaja. Ia menjadi tempat berteduh dan juga berehat. Di sinilah air ditahan untuk mengalirkan ke dalam batang paip itu.

Selepas beberapa minit kamipun sampai di kawasan air terjun yang disambut oleh lebah-lebah yang ingin garam akibat perpeluhan. Lebah yang banyak ini mengharungi setiap orang yang berada di situ. Ini pasti pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh pelajar kerana diharungi oleh lebah. Menurut Farouq ketika beliau datang ke sini baru-baru ini fenomena seperti ini tidak terjadi.

Akupun menutup fungsi GPS yang telah dihidupkan sepanjang perjalanan tadi. Aku menggunakan applikasi EveryTrail untuk merekod data sepanjang perjalanan.

Maklumat yang diperolehi adalah Latitude 03.13.23N dan Longitude 101.51.48E. Altitude adalah 193m dan jarak 4.66km dalam tempoh 2 jam 18 minit.

Ramai juga pengunjung telah berada di sini untuk mandi-manda. Hujan turun rintik-rintik dan pelajar lelaki telah berada di kolam untuk menikmati kedinginan air yang ternyata sangat sejuk. Aku dan ustaz Din makan nasi lemak yang dibekalkan oleh Farouk di atas batu di bahagian bawah. Selepas itu hujan mulai turun dengan lebatnya.

Asri sebagai ketua program mengarahkan pelajar-pelajarnya menyiapkan dapur untuk memasak. Malangnya hujan turun semakin lebat sepanjang kami berada di sana. Jadi, aktiviti memasak tidak dapat dijalankan keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Air sungai semakin naik dan bertambah keruh akibat hujan lebat. Syukur kerana tiada fenomena kepala air turun dari atas. Dalam keadaan hujan sempatlah solat zohor berjemaah di atas batu sungai.

Portable SMKBTHO2


Pagi ini 9W2DYA portable saltmine dan mendengar stesen:

1. 9M2AUR-9 jarak 12.6km
2. 9W2JEK-9 jarak 208.5km
3. 9W2DIE-3 jarak 15.8km
4. 9M4RTB-3 jarak 42.4km
5. 9M4RGL-3 jarak 120.9km
6. 9W2YBR-2 jarak 277.6km



xtvt APRS malam ini

Antara stesen yang dapat didengari malam ini adalah:

1. 9W2BQA-9 jarak 184.7km
2. 9M4RTB-3 jarak 28.7km
3. 9W2DYA-12 jarak 5.1km
4. 9M2TPT-13 jarak 47.3km
5. 9W2WEE-3 jarak 6.7km
6. 9M4RGL-3 jarak 104.2km
7. 9M4RDG-3 jarak 61.3km
8. 9W2RUT-2 jarak 44.2km
9. 9W2AA jarak 32.1km
10. 9W2EDU-1 jarak 39km
11. 9W2VHD-9 jarak 69.1km
12. 9W2DIE-9 jarak 33.1km
13. 9M4RBC jarak 62.4km
14. 9W2CHF-9 jarak 185.8km
15. 9W2SZJ-3 jarak 35.3km
16. 9W2PRP-9 jarak 45.3km
17. 9W2WS jarak 303.1km
18. 9M2NIA-9 jarak 43.3km
19. 9M2SRS-9 jarak 42.3km
20. 9W2DIE-3 jarak 16.4km
21.  9W2DIE-2 jarak 52.8km
22. 9W8HAM-12 jarak 47.8km
23. MINAS jarak 236.4km
24. 9W2VVN-9 jarak 42.3km
25. 9W2YBR-2 jarak 260.5km
26. 9W2ZYL-9 jarak 32.8km
27. 9W2ZKG-3 jarak 355.9km
28. 9W2VIS-9 jarak 31.7km
29. 9W2BWS-7 jarak 8.7km
30. 9W2CEH-3 jarak 6.3km


Malam ini dapat stesen dari utara iaitu 9W2WS jarak 303.1km dan 9W2ZKG-3 dengan jarak 355.9km.

Workshop- introduction to APRS


Wah nampaknya tag nama telahpun siap. Tak sabar rasanya nak pergi mencari ilmu yang tak seberapa tentang APRS ini. Berdasarkan tag diatas nama-nama besar akan turut sama dalam program ini.

Inilah contoh semangat yang perlu dicontohi walaupun QTH mereka sangat jauh. Ada datang dari utara, selatan dan timur semenanjung. Peluang ini harus digunakan bagi mendalami lagi ilmu yang perlu dikembangkan lagi agar kita tidak ketinggalan mengikutinya.

73, Jojet, 9W2DYA


WX report dari Lapangan Terbang utama di Malaysia


Laporan kaji cuaca dari lapangan terbang utama di Semenanjung boleh didapati melalui APRS. Terima kasih kepada 9M2TPT Hamid atas usaha beliau ini. Jadi, kita boleh mendapat laporan cuaca terkini melaui lapangan terbang yang ada.

WMKA Alor Setar
WMKC Kota Bharu
WMKD Kuantan
WMKI Ipoh
WMKJ Senai
WMKK Sepang
WMKL Langkawi
WMKM Melaka
WMKN Kuala Terengganu
WMKP Bayan Lepas
WMSA Subang

11 buah lapangan terbang memberi maklumat terkini keadaan cuaca sekitarnya.

Maklumat yang diberi adalah suhu, kelembapan, tekanan udara dan angin. Maklumat keadaan udara turut diberikan untuk maklumat penerbangan.

WX report memudahkan kita menilai keadaan cuaca persekitaran kita serta dapat merancang perjalanan dan xtvt dengan lebih berkesan.

73, Jojet, 9W2DYA

Gunung Telapak Buruk dan Gunung Berembun Negeri Sembilan


Hari sabtu hari untuk berehat pada kali bolehlah aku mengaktifkan secekerap mungkin. Banyak juga pergerakan dapat dilihat melalui aprs.fi. Kesempatan itu diambil untuk menangkap seberapa banyak stesen yang boleh. Hasilnya pada hari ini memang berbaloi juga.

9W2SIS-912014-04-12 17:48:522014-04-12 17:48:52OJ02VW > OJ02VU9.9 km 326°2014-04-12
17:48:52

9W2PRP-982014-04-12 18:06:462014-04-12 19:38:29OJ12AU > OJ02VU28.7 km 97°2014-04-12
19:16:53
9W2SMF-922014-04-12 19:56:362014-04-12 20:00:57OJ02VT > OJ02VU6.8 km 185°2014-04-12
19:56:36
Tiga stesen berjaya ditangkap beaconnya menjadikan 8 on radio path. Stesen 9W2SIS-9 merupakan lokalan Bangi dan berjaya mendapatkannya sejauh 9.9km dari Bandar Baru Bangi.

Manakala, 9W2SMF-9 berjaya ditangkap ketika melalui PLUS highway berdekatan Putra Mahkota dengan 2 packet.

Seterusnya 9W2PRP-9 berjaya ditangkap ketika berada di Gunung Telapak Buruk setinggi 1199m yang berjaya dicatat melalui datanya. Jarak dari puncak ke base station aku adalah 28.7km.

Hari ini uncle Martin PA3FRI di Belanda berjaya menghantar text kepada aku sejauh 10226.5km. Jauh tu dapat text DX yang jauh berbatu-batu.

Berbalik kepada rakan kita yang berada di puncak Telapak Buruk terdapat tiga stesen lagi mengaktifkan aprsnya. Stesen tersebut adalah 9W2BEM-5 mencatat ketinggian 1189m, 9W2YOK-5 mencatat ketinggian 1189m dan 9W2EDK-5 mencatat ketinggian 1188m. Jadi purata ketinggian yang direkod adalah 1191.25m.

Melalui FB salah satu stesen ini, rupanya mereka telah melawat bangkai pesawat pengebom RAF B24 Liberator KL654/R. Aku monitor pergerakan mereka sejak petang lagi. Maka terjawablah sudah bahawa mereka mengunjungi bahan sejarah negara kita ini.

Selain dari Gunung Telapak Buruk, kebiasaannya juga ia boleh dikunjungi daripada puncak Gunung Berembun. Mungkin banjaran yang sama membolehkan datang dari arah yang berbeza.

B24 Liberator  credit Eddie EDK

Aku telah lama mengetahui tentang kewujudan bangkai pesawat ini sejak aktif xtvt mendaki gunung lagi. Tetapi masih belum kesempatan untuk berkunjung ke sini. Kebiasaannya pendaki tidak melalui Telapak Buruk sebaliknya melalui Gunung Berembun.

Puncak Gunung Berembun kebiasaannya mendaki dari Pantai, Seremban. Mungkin dengan jelopi mudahlah sampai ke puncak Telapak Buruk dan dayhike sahaja ke tapak ini.

Berdasarkan pemerhatian di aprs.fi mungkin jaraknya tidaklah terlalu jauh berdasarkan ikon setiap stesen dari telapak buruk. Lain pula ceritanya dari Berembun kebiasaannya perlu bermalam sehari sebelum ke puncak dan terus ke tapak dan kembali semula ke puncak dan balik semula ke basecamp.

credit Eddie EDK

Tayar kapal terbang yang kelihatan masih berangin tak pasti pula kena tanya siapa yang dah sampai di sini.

credit Eddie EDK
Jelas kelihatan huruf R dan perkataan snake dibadan kapal terbang ini. Menurut tuan punya FB menyatakan bahawa 

yg terhempas atas faktor yg tidak dpt dikenal pasti di hutan Gunung Telapa Buruk pada 23/OGOS/1945. Dipercayai sedang melakukan misi sulit di kawasan hutan Lengkap Kuala Pilah yg berlepas dari Cocos Island Australia

credit Eddie EDK

Gambar diatas adalah tuan punya semua gambar ini iaitu Eddie 9W2EDK yang sedang melihat keadaan badan pesawat.

credit Eddie EDK

Antara anggota xpdc bergambar kenangan berlatarbelakang badan pesawat.

Ternyatalah dengan mengaktifkan aprs melalui telefon pintar jejak dan data dapat diketahui. Maklumlah sekarang ini musim orang hilang. Tetapi mereka yang ada disini pasti mahir dalam selok-belok hutan dan kemahiran yang tinggi dalam komunikasi radio. Ingat nak baiki pengulang rupanya melihat bangkai pesawat bersejarah ini. sesuatu xtvt yang amat baik dan moga bahan ini dapat ditonton oleh generasi masa depan.

73, Jojet, 9W2DYa




Gunung Tok Wan 675m


Baru-baru ini berita kehilangan 10 orang pendaki di Gunung Tok Wan, Broga mendapat liputan media.

Teringat kembali ketika aku mendaki bersama Farouq ke sini pada tahun lepas. Sebelum ke puncak ini perlulah mendaki puncak Broga terlebih dahulu yang ketinggiannya 400m.



Kami berdua mengikut denai atau trek ke puncak berdasarkan beberapa tanda yang ada. Pada masa ini belum berlakunya kejadian hutan terbakar akibat kemarau beberapa bulan yang lepas. Di khabar juga oleh mangsa kemungkinan trek tidak dijumpai atau hilang kerana perubahan keadaan muka bumi.



Sampainya dipuncak ketinggian yang dapat direkod melalui jam tangan Protrek Farouq adalah 635m.

Selain itu, ditangan kami mempunyai radio komunikasi setiap seorang untuk tujuan keselamatan dan perhubungan.



Syukur perjalanan kami selamat sampai  ke bawah walaupun menghadapi panas terik ketika melalui kawasan lalang Bukit Broga. Kami naik agak lewat bukan seperti kebanyakan orang yang suka mendaki ketika sebelum subuh yang gelap. Semata-mata untuk hadir melihat matahari terbit disebalik bukit.

Perkhabaran juga mengatakan mangsa mendaki ketika keadaan yang gelap hingga membawa tersasar daripada trek yang sebenar. Tidak diketahui pula mereka ini mempunyai tahap pencahayaan yang mencukupi ketika melakukan aktiviti trekking ini. Keadaan yang gelap kerana hutannya lebih tebal berbanding kawasan Broga yang dipenuhi lalang sahaja.


credit Angah Deen

Peta diatas adalah peta yang menjadi rujukan semasa operasi mencari dan menyelamat. Lokasi terakhir mangsa dapat dikesan melalui telefon bimbit yang dapat digunakan.


credit Angah Deen

Latitud 02.58.59N dan 101.54.55E yang dapat dicatat dalam GPS yang ada. Mangsa juga bijak mengaktifkan GPS agar kedudukan terkini dapat direkodkan serta dilaporkan.


credit Angah Deen

Dengan itu pasukan menyelamat dapat mengetahui kedudukan yang terakhir dengan tepat apabila berjaya menggunakan teknologi GPS melalui telefon pintar walaupun kuasa bateri mempunyai baki 6% sahaja. Liputan talian juga berfungsi dengan baik memandangkan kedudukan terakhir itu berdekatan dengan penempatan.


credit Angah Deen

Selain itu, mangsa juga berjaya menghantar gambar sewaktu kehilangan itu. Inilah dinamakan teknologi masa kini yang serba sedikit memudahkan operasi pencarian. Apa yang dapat dilihat di dalam gambar menunjukkan mangsa berada di kawasan aliran sungai yang berbatu sememang sangat baik untuk tujuan keluar menyelamatkan diri.

Aliran air pasti akan membawa turun hingga ke kawasan hilir yang pasti akan jumpa penempatan. Ternyata keputusan mereka tepat kerana mereka berjaya keluar hingga ke Kacau berdekatan dengan Sungai Tekala.

Nasib juga menyebelahi mereka kerana berjaya turun ke arah kawasan Hulu Langat. Pasti cerita akan bertukar jika mereka tersasar ke arah timur di Negeri Sembilan berupa hutan tebal. Pencarian pasti akan memakan masa yang lebih lama lagi jika tersesat di dalam hutan tebal.

Berbalik kepada Gunung Tok Wan ini, permatangnya bermula dari puncak Broga 400m. Merujuk kepada peta Jabatan Ukur dan Pemetaan itu, tiada pula titik tinggi yang tertulis Broga. Titik tinggi yang ada adalah 390m. Seterusnya melalui titik tinggi 540m sebelum tiba di titik tinggi 671m yang dikatakan puncak Tok Wan.

Aku ingat inilah puncak yang tertinggi di Broga ini, tetapi telahan aku salah kerana menurut sumber terdapat puncak yang lebih tinggi berdekatannya yang terletak di sempadan Selangor dan Negeri Sembilan. Rakan pendaki yang telah sampai ke puncak itu telah memberitahuku bahawa terdapat puncak yang lebih tinggi dari Tok Wan. Bila penelitian melalui google map memang pasti betul.

Maklumat itu telah sah dan nyata apabila melihat kepada peta ini menunjukkan puncak yang tertinggi adalah Bukit Lapan Belas dengan ketinggian 809m yang bertanda stesen trigonometri. Merujuk kepada rakan pendaki yang kali terakhir ke puncak ini pada tahun 2001/02 beirut di situ reput. Kalau pergi hari ini pasti tinggal rangka sahaja agaknya.


credit Angah Deen

Seronok juga dapat menawan puncak Bukit Lapan Belas ini bolehlah menambah koleksi peribadi. Pasti treknya semak dan memerlukan gang sondol melakukan tugas menebas. Harap mana-mana rakan pendaki yang berjaya menawan kembali puncak Bukit Lapan Belas ini bolehlah kongsikan maklumat terkini. Pastikan group yang masuk adalah terdiri daripada mereka yang sangat berkemahiran tinggi disamping mempunyai peralatan yang mencukupi. Selain itu, mempunyai pengalaman dan kemahiran membuka trek yang jarang dilalui serta mempunyai peralatan GPS yang canggih atau seangkatan dengannya.

Bila berjaya membuka trek ke Bukit Lapan Belas pastilah Gunung Tok Wan sebagai salah satu persinggahan sebelum tiba ke puncak tertinggi di kawasan itu. Bagaimana pula puncak 671m ini diberi nama Tok Wan? Aku ada terbaca diFB sejarah nama ini sememang dibuka oleh beberapa orang. Nama diberi sempena ketua mereka dan kekallah ia hingga diketahui seluruh Malaysia apabila berlakunya kes hilang ini.

  1. Kes 10 orang pelajar SMK Saujana Impian yang sesat ketika mendaki Gunung Tok Wan dari puncak Bukit Broga kelmarin.Dah sampai masanya trek Gunung Tok Wan DITUTUP,papantanda Gunung Tok Wan di Bukit Broga dibuang atau dipadam bagi mengelakkan kejadian sebigini berulang.Gunung Tok Wan jarang dikunjungi menyebabkan trek semakin 'semak'dan sukar kelihatan berikutan terdapat kawasan hutan yg kering dan t...erbakar dan menyebabkan marking asal hilang dan wujud trek lain yang mengelirukan.Apa yang menarik sangat di puncak Gunung Tok Wan tu berbanding puncak Bukit Broga! Jarak perjalanan ke puncak Gunung Tok Wan yang agak jauh hampir 2-3 jam trekking.Sampai puncak Tok Wan,tiada apa apa view pemandangan yang menarik seperti view di Bukit Broga.Yang ada hanyalah pondok kayu dan batu bata yang disusun di puncak G.Tok
    Wan.Namun Tahukan anda..asal usul dan sejarah Gunung Tok Wan??..Gunung Tok Wan sememangnya TIDAK WUJUD dalam peta topografi Malaysia(boleh refer di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia..yang ada hanya puncak bukit yang ditandakan dalam kontur peta titik berketinggian 670 meter dari paras laut.Tahukan Anda..Siapakah orang yang bertanggungjawab atas kewujudan nama Gunung Tok Wan?..Al kisahnya bermula pada awal tahun 2010,sekumpulan pendaki dari
    staff Jabatan Penjara Kajang diketuai oleh Ketua program mereka yang digelar Tok Wan mula merentis dan membuka trek dari puncak Bukit Broga ke puncak Gunung Tok Wan sesuka hati tanpa mendapat kebenaran dari Jabatan Perhutanan Negeri.Mereka membawa parang, memikul batu bata, memasang marking tape di sepanjang trek yang mereka rentis berpandukan peta,kompas,gps yang diketuai oleh Leader mereka iaitu Tok Wan.Apabila mereka menjumpai puncak berketinggian 670 m,mereka terus meletakkan papanda puncak yang bertulis nama Gunung Tok Wan yang diambil sempena nama ketua mereka iaitu Tok Wan..Tok Wan ni berumur dalam lingkungan 50 an yang juga merupakan Ketua Warden Jabatan Penjara Kajang..saya sempat berbual dengan salah seorang dari kumpulan Tok Wan ini ketika terserempak dengan mereka sewaktu mendaki Bukit Broga sebelum mereka memulakan aktiviti merentis/membuka trek.Dan selepas mereka keluar dari Bukit Broga, mereka meletakkan papantanda Gunung Tok Wan di puncak Bukit Broga..dan selepas itu bermulalah orang awam menggunakan trek ke gunung Tok Wan yang direntis oleh mereka sehinggalah ke hari ini....Masih ramai kalangan pengunjung dan pendaki yang masih belum tahu asal usul kewujudan Gunung Tok Wan..semoga info di sini dapat dikongsi bersama..
Bagi Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia (MARES) telah mengeluarkan amaran merah dalam FB pada waktu kejadian yang berbunyi;

Perlukan anggota-anggota untuk Ops Orang Hilang (10 Jiwa) di Broga. Shif berikut jam 7 pagi. Perlukan 3-4 orang untuk. Sila QSL siapa yang boleh hadir. Equipment handy/mobile VHF dan HF diperlukan untuk komunikasi.
Sila lapor kepada 9W2FG Ashwar Aziz atau 9M2SQL Abdul Omar atau 9M2RHQ Rosli Hasan di PKB Bomba di lokasi.

Ini menunjukkan bantuan komunikasi radio turut diberi bagi tugas mencari dan menyelamat ini.


credit Hasan Chan Chang Weng

Bantuan komunikasi kecemasan sangat penting diberi bagi memudahkan segala urusan komunikasi agar berjalan tanpa sebarang masalah.


credit Hasan Chan Chang Weng

Tahniah kepada semua pihak yang terlibat kerana berjaya menemui mangsa dengan selamat. Hanya seorang daripada 10 mengalami cedera ringan. Pengajaran yang diperolehi kepada semua pendaki adalah keselamatan mesti diutamakan. Pengalaman amat penting bagi memandu ke sesuatu destinasi. Risiko yang diambil oleh mangsa terlalu tinggi memandang terlalu muda usianya serta tiada seorangpun yang berpengalaman tiba ke puncak sebelum ini.

Oleh itu, pergilah bersama orang yang mempunyai pengalaman tinggi serta peralatan keselamatan yang cukup.

73, Jojet, 9W2DYA

9W2XRX-9 berjaya ditangkap beaconnya

9W2XRX-922014-04-11 00:30:402014-04-11 00:31:58OJ02VV > OJ02VU6.6 km 306°2014-04-11 00:31:58


Ketika melalui PLUS highway melepasi Nilai stesen 9W2XRX-9 berjaya mendapat 2 packet yang berharga. Aku menantinya sejak dari Seremban lagi monitor melalui aprs.fi.

Setelah bertambahnya 2 packet, 9W2DYA berjaya mendapat 5 stesen on radio path. Jumlah keseluruhan packet yang diperolehi adalah 94 on radio path.

9W2XRX-922014-04-11 00:30:402014-04-11 00:31:58OJ02VV > OJ02VU6.6 km 306°2014-04-11 00:31:58
9W2DYA-1292014-04-07 00:23:392014-04-11 00:13:07OJ02VV > OJ02VU5.1 km 298°2014-04-11 00:13:07
9W2WEE-3212014-04-04 23:17:242014-04-11 00:32:03OJ02VW > OJ02VU6.7 km 318°2014-04-11 00:32:03
9W2AKY-3582014-04-04 23:18:432014-04-11 00:19:34OJ02XR > OJ02VU25.1 km 133°2014-04-11 00:19:34
9W2EDU-942014-04-04 23:14:022014-04-06 12:46:06OJ02VT > OJ02VU6.9 km 185°2014-04-04 23:24:40
Jika ada kelapangan dan tepat pada waktunya aku akan terus memburu stesen-stesen aprs yang melalui base aku di Putra Mahkota ini.

73, Jojet, 9W2DYA

Pembentangan Teknikal berkenaan APRS


Kami akan mengajurkan pembentangan teknikal berkenaan dengan APRS pada 3/5/2014 bertempat di RSM. Antara tajuk-tajuk yang akan dibentangkan pada hari tersebut ialah:

1. Apakah itu APRS?
2. Sejarah perlaksanaan dan penggunaan APRS di Malaysia.
3. Mod Digital di dalam radio amatur....
4. Demonstrasi alat2 dan penggunaan APRS/mod digital:
- UiView/agwpe/tnc
- Router/aprx/tnc
- RaspberryPi/RTLSDR
- WX station
- WinLink, SSTV etc.

Setiap pembentangan akan diadakan selama 45 minit dan demonstrasi akan diadakan disebelah petang.

Pembentang pendek ini akan berjalan selama sehari sahaja dan kami amat berharap agar rakan-rakan peminat radio amatur akan mengambil kesempatan ini untuk menambahkan ilmu dan mengenali dengan lebih dekat lagi apakah itu APRS dan mod digital.
--
We are going to have a technical talk on APRS. The talk will be on the 3rd of May, 2014 at RSM. We have come up with the following topics which will be presented on that day:

1. What is APRS?
2. Usage and implementation of APRS in Malaysia from our experience.
3. Digital modes in amateur radio.
4. Demonstration on the equipment and how to use them, APRS/digital mode:
- UiView/agwpe/tnc
- Router/aprx/tnc
- RaspberryPi/RTLSDR
- WX station
- WinLink, SSTV etc.

Each presentation could be around 45 minutes or less except for the demonstration which will be done in the afternoon.

This will be a one day event and we hope we and many other ham radio enthusiasts will take this chance to enhance our knowledge on APRS and digital mode.

https://www.facebook.com/events/1408956902690272/?ref_dashboard_filter=upcoming

Pada 3 Mei 2014 satu bengkel Mari Mengenali APRS oleh My APRS akan diadakan di Rohde & Schwarz di Temasya Industrial Park Shah Alam.

Maklumat lanjut boleh melayari FB diatas.

Menarik perkara dan tajuk yang ingin dibentangkan berkaitan APRS oleh pembentang yang berpengalaman. Peluang seperti ini harus diambil kerana ilmu yang diperolehi sangat sukar didapati jika kita tidak mengejarnya.

Terima kasih rakan MyAPRS yang sanggup bertungkus-lumus merancang program yang jarang diperolehi seperti ini.

Bukan rakan ham di kawasan tengah sahaja yang mendaftar. Malahan rakan dari jauh sanggup hadir untuk mengejar ilmu ini.

Harap program ini dapat berjalan lancar seperti yang dirancang. Syabas dan tahniah serta semoga maju jaya kepada MyAPRS.

73, Jojet, 9W2DYA

XTVT APRS 9W2DYA malam ini

Malam 9W2DYA diaktifkan apabila nampak kelibat 9W2EDU-9 melalui base stesen aku.

Antara stesen yang dapat didengari adalah:

1. 9W2DIE-3 jarak 16.4km
2. 9W2AKY-3 jarak 25km
3. 9W2EDU-9 jarak 6.8km
4. 9M4RBC jarak 62.4km
5. 9W2SZJ-3 jarak 35.3km
6. 9M4RGL-3 jarak 104.2km
7. 9M4RAK-1 jarak 197.5km
8. 9M2TPT-13 jarak 47.3km
9. 9W2WEE-3 jarak 6.7km
10. 9M4RDG-3 jarak 61.3km
11. 9W2DIE-9 jarak 28.5km
12. 9M4RTB-3 jarak 28.7km
13. 9W8HAM-12 jarak 47.8km
14. 9W2IIT-8 jarak 39.6km
15. 9W2EDK-9 jarak 41.5km

Malam ini mendapat 16 packet dari 9W2WEE-3, 9W2AKY-3 dan 9W2EDU-9.

9W2WEE-332014-04-04 23:17:242014-04-04 23:37:28OJ02VW > OJ02VU6.7 km 318°2014-04-04 23:37:28
9W2AKY-3102014-04-04 23:18:432014-04-04 23:54:52OJ02XR > OJ02VU25.1 km 133°2014-04-04 23:54:52
9W2EDU-932014-04-04 23:14:022014-04-04 23:24:40OJ02VT > OJ02VU6.9 km 185°2014-04-04
23:24:40                 

9W2DYA boleh bertahan sehingga bateri laptop masih ada. Apabila dah kong terpaksalah mencaj semula sebelum sambung semula ke radio.

73, Jojet, 9W2DYA

QSO bersama 9W2VRO dan monitor 9W2YD

Lebih kurang 9.55 malam 2April 2014 aku telah salam contact perdana dan contact kenal bersama Sham 9W2VRO di Bandar Baru Bangi.

Aku cuba memangil-manggil di V40 ketika itu, tidak disangka panggilan aku dijawab oleh beliau ketika itu sedang bermobile pulang ke base di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi. Beliau telah menerima aku readabilty 3 dan aku menerimanya readability 5/9 crystal clear walaupun bermobile.

Beliau berharap dapat menyambung QSO dibase jika berkelapangan. Manakala akupun QRV V40 dengan harapan dapat QSO semula untuk menguji signal report dibase pula. Malangnya handy yang boleh digunakan untuk QSO telah kehabisan bateri. Manakala sebuah lagi hanya boleh RX sahaja tanpa boleh TX.

Sejam selepas itu kedengaran audio di V40 yang QRV itu. Ingatkan beliau rupanya rakan 9W2EHZ sedang bermobile di Kajang yang cuba ingin menyambut panggilan Pak Yusof 9W2YD yang sedang CQ CQ. Malangnya audio 9W2EHZ tidak disambut oleh Pak Yusop yang berada di Seksyen 20 Shah Alam.

Bermula xtvt monitor di calling channel yang dipajak oleh Pak Yusof pada malam itu. Pak Yusof QSO bersama 9W2VNN di Pelabuhan Klang malangnya negatif copy. Tanpa sebarang audio dan signal strenght diterima.

Kemudian masuk 9W2DBO yang sedang bermobile di Ampang. Aku terima readability 3 dan kadangkala terputus-putus.

Kemudian aku melakukan tugasan dan meninggalkan radio. Selepas urusan selesai maka aku menyambung semula untuk monitor jikalau Pak Yusof masih di frequensi. Telahan aku tepat kerana Pak Yusof 9W2YD yang baru dua hari aktif semula xtvt radio sedang QSO bersama  Zul 9W2DTZ. Negatif copy aku terima Zul 9W2DTZ tak tahu QTH.

Seterus Pak Yup 9W2YUP di Kota Damansara masuk bergabung. Aku terima audionya readabilty 2 dan audio jauh kebelakang dan sukar untuk difahami butir QSOnya. Kadang-kala signal strenght turun dan sangat rendah dan juga kehilangan audio.

Semakin lama terima Pak Yusof readabilty 4/9 dan menurun kekuatan audionya. Setelah Zul 9W2DTZ signing off maka rancaklah perbualan Pak Yup bersama Pak Yusof.

QSO bersama rakan ham yang berpengalaman sememangnya tidak dilepaskan. Begitu juga aku, jika berpeluang bertemu rakan yang lebih berpengalaman pasti pelbagai persoalan diajukan bagi menambah pengalaman dan juga pengukuhkan pengetahuan tentang radio amatur.

9W2YD yang membuat come back telah berjaya membuat contact perdana bersama 15 stesen. Beliau telah menceritakan pengalaman xtvt radio pada zamannya yang sememangnya berbeza dengan generasi kini.

Kemeriahan xtvt radio mungkin sangat berbeza kini seperti antena party, homebrew dan xtvt dxing. Pertambahan berganda pengamal radio amatur di Malaysia telah mewujudkan banyak komuniti, persatuan atau kelab yang banyak membantu menggiatkan usaha menarik lebih ramai lagi masyarakat menceburi hobi yang saintifik ini.

Peralatan radas kini juga banyak pilihan berbanding dahulu sukar untuk dimiliki kerana pelbagai rintangan dan kekangan oleh pihak berkuasa seperti peraturan untuk memiliki sebarang radas yang amat ketat.

Lagipun banyak pilihan dengan kebanjiran produk dari negara tembok besar yang lebih murah serta mutunya agak baik berbanding dengan jenama tersohor seperti Kenwood, Icom, Yeasu dan lain-lain lagi. Akses untuk memiliki juga mudah kerana banyak toko-toko elektronik kini menjualnya terutama diibu kota.

Tetapi ramai juga tetap memilih jenama terkenal kerana mutu dan mempunyai kekuatan tersendiri.

Sememangnya cerita dan pengalaman Pak Yusof yang kembali aktif sangat menarik dan harus dikongsi bersama. Generasi baru kini harus merebut peluang untuk bertukar pendapat dan pengalaman. Cerita generasi ham dahulu perlulah juga diketahui kerana kita dapat mempelajari sesuatu daripadanya.

73, Jojet, 9W2DYA

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...