Satelit A2 YB0X-1 aktif pada hari ini

 Satelit A2 YB0X-1 milik Indonesia yang dilancarkan beberapa bulan yang lalu diaktifkan pagi tadi. Sebelum ini ia diaktifkan pada 13 dan 14 Disember yang lalu.

Aku sudah beberapa kali menunggu kemunculannya, namun pada pagipun terlepas jua. Next pass seterus jam 2 petang tiada pula kelibatnya dalam mode aprs.

Merujuk raw path YB0X-1 diaktifkan jam 9:09 hingga 9:16 kemudian bermula jam 10:51 hingga 11:01 pagi.

Beberap stesen mendapat beacon.
Antaranya adalah;
9W2VHF-1 = 4 beacon
9W2JDY-2 = 2 beacon
9W2CEH-3 = 2 beacon
YD0NXX-4 = 2 beacon
HS3SRS-2 = 2 beacon
YE2YE-13 = 3 beacon
YB6DE-13 = 3 beacon

Harap esok ia mengaktifka aprs.

73, JOJET De 9W2DYA

ISS SSTV pada 26 dan 27 Disember 2015

SSTV dari ISS akan berlangsung pada 26 dan 27 Disember 2015. Inilah peluang untuk mendapatkan imej yang dihantar dari ISS.

Ini adalah sempena 15 tahun program ARISS. Apa lagi bersedialah dengan radas masing- masing untuk mendapat imej yang terbaik

VHF DXing XV5HS & XV5HS-1 Vietnam to 9W2JDY-1 Kuantan via RS0ISS

Petang ini laluan kedua ISS berlaku aktiviti DXing melalui ISS. Stesen antara stesen XV5HS dan XV5HS-1 QTH Hai Phong Vietnam ke 9W2JDY-1 di Kuantan.

Stesen XV5HS merupakan stesen Thailand DX Association (HSDXA).
Pada pemerhatian ini adalah dxing yang paling jauh.

73, Jojet de 9W2DYA

Perbaharui AA 2016

Semalam ke SKMM Cyberjaya untuk memperbaharui AA yang akan tamat tempohnya hujung tahun ini. Rupanya HQ SKMM telah berpindah ke bangunan baru berhadapan HQ lama.

HQ lama diduduki oleh SKMM bahagian tengah yang sebelum ini pejabatnya di Shah Alam.

Nasib baik kaunter di SKMM HQ lama menerima wang pos aku. Tidak perlulah ke pejabat baru untuk menguruskan lesen baru ini.

Bersalaman pula dengan 9W2YDR yang turut menghantar permohonan memperbaharui lesen radio amatur.

73, Jojet de 9W2DYA

Adventure Camp 2015

Pada 8 dan 9 November 2015 yang lalu Redah Adventure & Explorer telah mengadakan program Adventure Camp 2015 untuk Kelab Pencegahan Jenayah SMKBTHO2.



Seramai 24 peserta telah mengikuti program dua hari ini dibantu oleh tiga orang Jurulatih yang terdiri daripada Guru Praktikal.

Aktiviti pertama bermula di sekolah merupakan aktiviti Ice Breaking yang berbentuk team building. Aktiviti berkonsepkan sukaneka ini amat menyeronokkan yang memerlukan penglibatan semua peserta.

Sebelum aktiviti ini, taklimat tentang peraturan dan keselamatan diberi untuk memastikan setiap peserta faham dan dapat mengikuti segala perancangan tanpa masalah.



Setiap peserta melakukan dengan sebaiknya untuk mencapai matlamat menghabiskan segala tugasan yang diberi. Kerjasama yang jitu dapat dilihat dalam setiap kumpulan.

Kemudian peserta dibekalkan kertas mahjong dan pen marker untuk pembentangan kumpulan yang bertajuk Pulau Impian. Pembentangan akan dijalankan pada sebelah malamnya.



Jam 12.00 tengahari bas yang sedia menanti telah dinaiki oleh setiap peserta ke destinasi yang dituju di Outbac Broga.



Sampai di Outbac Broga, peserta telah diberi taklimat oleh Instruktor Outbac tentang kemudahan serta aktiviti yang akan diadakan sepanjang dua hari ini.



Penyelia camp memberi kunci serta taklimat dan peserta mendengarnya dengan penuh khusyuk. Kemudian, peserta ke dewan makan untuk makan tengahari.



Aktiviti makan bersama juga sangat penting untuk melatih hidup berdikari. Setiap peserta akan makan apabila semua telah mendapat makanan dan dimulakan dengan bacaan doa. Selepas makan pinggan dan gelas hendaklah dibasuh sendiri bagi melatih peserta sikap bertanggungjawab.



Kesabaran beratur mengambil makanan terpancar diwajah setiap peserta. Ini melatih peserta lebih menghargai masa serta mengambil makanan mengikut keperluan sahaja. Jikalau ingin tambah, boleh dilakukan setelah hidangan pertama dihabiskan. Sikap membazir makanan adalah tidak digalakkan sama sekali. Setiap peserta adalah wajib mengambil makanan kerana segala aktiviti yang dilakukan memerlukan penggunaan tenaga yang banyak.



Aktiviti team building yang pertama adalah spider web untuk kumpulan perempuan.



Manakala kumpulan peserta lelaki pula melakukan aktiviti memanjat tembok 12 kaki. Instruktor yang terlibat memberi taklimat terlebih dahulu sebelum aktiviti dilaksanakan.



Aktiviti spider web memerlukan setiap peserta bekerjasama keluar dari sarang lelabah tanpa menyentuh tali lelabah setiap ruang yang ada. Setiap peserta hanya dibenarkan melepasi diri dengan sekali percubaan. Ketika inilah setiap peserta merangka strategi untuk melepaskan diri. Kerjasama berkumpulan amat diperlukan kerana memerlukan bantuan antara satu sama lain.



Walaupun nampak mudah bagi peserta, selepas melakukannya barulah mereka ketahui betapa penting semangat kerjasama berpasukan.



Bagi aktiviti memanjat tembok pula, sememangnya terserlah bahawa memerlukan kerjasama setiap orang bagi melepasi tembok tinggi ini.



Walaupun nampak mudah, ia amat sukar setelah melaluinya. Ia juga perlu merancang strategi yang tepat bagi setiap peserta melepasi tembok ini. Malahan kesilapan dan kealpaan tanpa mengikut arahan boleh mendatangkan kecederaan kerana aktiviti ini mempunyai risiko yang tinggi.



Ia juga memerlukan keyakinan diri yang tinggi serta percaya kepada rakan-rakan yang lain. Tumpuan yang tinggi serta perhatian yang amat tinggi diperlukan bagi melepasi halangan ini. Jikalau banyak bermain dan tidak serius pasti sukar untuk melapasi setiap tugasan yang diberi.



Aktiviti teambuilding ketiga adalah wild woosey yang memerlukan peserta melepasi halangan tali berdua. Berpegangan tangan melepasi rentangan kabel yang mempunyai jarak dan ruang yang berbeza.



Kerjasama dan percaya antara satu sama lain adalah amat diperlukan bagi tugasan ini. Nampak mudah juga, tetapi apabila sudah melaluinya pasti merasai kesukarannya. Jikalau peserta terjatuh ke tanah maka terpaksa mengulanginya sekali lagi. Rasa percaya antara satu sama lain wujud untuk melepasi halangan ini. Fokus haruslah tinggi agar tidak terleka yang akan menyebabkan kegagalan mencapai matlamat.



Aktiviti seterusnya adalah low rope memerlukan peserta melalui beberapa halangan di talian rendah. Supporter diperlukan memastikan keselamatan peserta yang sedang melakukannya terjamin. Didahului monkey bridge memerlukan keseimbangan badan dan fokus yang tinggi.



Halangan kedua pula, adalah rentangan dua tali selari memerlukan tangan dan kaki berpegang dan memijak hingga ke check point seterusnya.



Halangan ketiga adalah gantungan tayar, turut memerlukan kekuatan fizikal bagi memberi keseimbangan badan. Tayar yang bergoyang-goyang dan bergerak menyukarkan untuk melepasinya.



Halangan keempat pula adalah melepasi rentangan tangga berkayu yang agak mudah dilakukan. Malahan jikalau tersilap langkah pasti boleh terjatuh dibuatnya.



Halangan kelima adalah rentangan tali yang bersilang turut memberi cabaran untuk melepasinya.



Halangan keenam merupakan jambatan tali berbentuk U. Keseimbangan serta kekuatan fizikal dan mental tetap diperlukan bagi melepasi halangan terakhir ini.




Aktiviti bagi kumpulan lelaki pula melakukan obstacle course. Aktiviti berhalangan yang mempunyai pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi. Pertama yang paling mudah melepasi tangga kayu dari rendah ke paling tinggi dan lompat diakhirinya.



Halangan tangga kayu gergasi ini memerlukan peserta berhati-hati kerana ketinggiannya. Melepasi diri antara kedua belah kayu yang merentangi itu nampak mudah.



Seterusnya melepasi titi yang pelbagai ketinggian memerlukan keberanian dan keyakinan diri yang tinggi. Jika gayat bolehlah duduk dan mengensot sahaja diatas palang itu.




Titi hayun ini pula memerlukan dua orang melakukanya dengan serentak. Silap haribulan diri boleh jatuh, jikalau ke kayu lagilah sakit dibuatnya kerana kayu itu sentiasa bergerak-gerak.




Comando crawl adalah sangat menyeronokkan bagi peserta lelaki. Merangka mengharungi air yang diatasnya terdapat kawat berduri yang sangat merbahaya. Semua melepasinya dengan berhati-hati sehingga terdapat yang menyelam kegembiraan.



Selepas berendam, halangan berbukit pula ditempuhi.



Kemudian menggelonsor pula dengan mudah sekali. Begitulah kehidupan manusia ada naik dan turun, ada senang dan susahnya.



Kemudian tarzan swing lagi menguji kekuatan walaupun nampak mudah. Oleh kerana semua sudah basah jadi mereka tidak risau jika badan menyentuh air. Halangan seperti ini, perlu ditempuh jua walaupun tidak ingin menghadapinya.



Halangan tayar mengikut warna yang sama mudah sekali dipilih. Silap langkah dalam membuat keputusan pasti mendatangkan risiko. Kadangkala perlu berani membuat pilihan dan menghadapi risiko yang mendatang.



Bergayut pula memerlukan kekuatan tangan. Jikalau berfikir ia mudah untuk melakukannya ternyata silap apabila telah melaluinya. Ramai yang gagal melepasinya kerana terlalu mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Sebenarnya kesabaran dan tumpuan boleh mengatasi sebarang halangan hidup.



Ninja step memilih tunggul kayu yang sama warnanya. Sekali lagi membuat keputusan dan pilihan yang tepat amat diperlukan untuk mengelakkan diri dari terjatuh. Percaya dan yakin diri boleh melakukan pasti mendatangkan hasil yang baik untuk mencapai matlamat.


Halangan kecil bagi yang tidak ambil berat mungkin nampak mudah. Hakikat sebenarnya besar ataupun kecil halangan itu perlulah bijak bertindak untuk mengatasinya dengan jaya.



Akhir sekali melepasi tembok yang agak rendah terpaksa jua dilepasi dengan adanya bantuan rakan. Kadangkala, untuk melepasi ujian juga memerlukan bantuan dan pertolongan orang lain. Kerjasama sama berpasukan penting dalam mengharungi pelbagai halangan dalam organisasi atau pasukan.



Monitor V38

Jam 11.45 malam 17 November 2015 aku QRV V38 sambil menyiapkan tugasan rutin dibase. Kedengaran audio 9W2OTX sedang QSO bersama 9W2OZU.

Aku hanya kedengaran audio Azman 9W2OTX sahaja readbility 5/9  manakala audio 9W2OZU Zulhaswadinata tidak dapat kedengaran namun sesekali audionya mencelah semasa QSO berlangsung.

Selepas jam 12.35 tgh malam kedengaran pula audio 9W2PIO mencuba mencelah. Terima audionya readability 4/8 boleh dicopy dengan baik.

Sehingga jam 1 pagi mereka masih bersembang lagi. Aku hanya monitor sahaja pada kali ini.

73, Jojet de 9W2DYA


Monitor V38

Pada malam ini jam 10.30 kedengaran audio setelah aku memanggil mana-mana stesen yang sudi untuk QSO. Kedengaran audio yang kurang jelas readability 3/8 sahut kedengaran. Beberapa kali aku memperkenalkan callsign dan telah dicopy oleh beliau 9W2KDA. Beliau mengingatkan bahawa pernah berjumpa dan bereyeball dengan tuan punya callsign ini pada pendengaranku.

Lagi sekali aku memperkenalkan callsignku adalah 9W2DYA tetapi beliau masih copy 9W2DKA yang berada di base Fasa 12 tingkat 4 menggunakan antena slim jim dan menggunakan handy motorola. Kedengaran kuasa pancaran semakin lemah akibat kekurangan bateri pada pengamatanku.

Kemudian hilang begitu sahaja dan terputus-putus sering kali memanggil samada aku dapat menerima audionya begitulah sebaliknya. Aku copy callsignnya adalah 9W2GHH Shalahuddin Al Hafiidz b Che Mohamed.

Manakala pada jam 10.48 sekali kedengaran audio beliau di V38 sedang QSO bersama 9W2YQY Rohaizal Adiputra b Roslan bermobile di Presint 18. Aku terima readability 4/8 kemudian hilang terus dan hanya kedengaran audio 9W2GHH sahaja yang QSO bersama 9W2RVO Akmal Azizi b Elias di Presint 9 menurut Din. Audio 9W2RVO tidak dapat diterima olehku di base.

73, Jojet de 9W2DYA


Simplex V40

Malam ini aku QRV V40 bermula jam 11.00 malam. Tiba-tiba jam 11.15 kedengaran audio yang berbunyi MayDay berdekatan tol Bangi. 

Kemudian audio terputus-putus dan cuba memanggil semula tetapi tiada. Kemudian sekali lagi kedengaran callsign 9W2ZEW disebut.

Aku memanggil sekali lagi tetapi banyak kali terputus-putus dan terus hilang.

Bila google tuan punya callsign itu adalah Amir Izuan dan mempunyai akaun facebook dan request friends. Kemudian beliau terima dan privete message menerangkan keadaan apa yang terjadi.

Rupanya jelopi breakdown berhampiran Tol Bangi di tepi Bangi Gateway. Biasanya jikalau simplex pasti boleh terima audio dengan baik dari situ. Beliau menggunakan handy serta antena MC101. Oleh kerana bateri kurang kuasa menyebabkan penerimaan audio sangat kurang baik.

Aku juga menulis diwall FB menyebabkan 9W2SNR Nor Muzammil turut response untuk cuba memancar dari Seri Kembangan. Kedua-duanya tidak dapat copy maklumlah menggunakan handy sahaja.

73, Jojet de 9W2DYA


Eksplorasi Air Terjun Sungai Perdik

Pada 11 Oktober 2015 Kelab Olahraga SMKBTHO2 telah mengadakan program Eksplorasi Air Terjun Sungai Perdik.



Program ini bermula di sebuah resort  Hulu Perdik yang dikenali sebagai Photon Valley Eco Resort. Taklimat diberi olehku sebagai jurupandu. Langkah keselamatan dipentingkan bagi memudahkan pergerakan serta kawalan. Ahli kelab memulakan perjalanan berjalan ke Hutan Lipur Hulu Perdik mengikut jalan tar dan diikuti jalan berbatu kelikir apabila memasuki kawasan hutan.



Penghujung jalan kami disambut oleh seorang lagi rakan guru yang sudah menanti untuk menyertai trekking ke air terjun. Aktiviti memanaskan badan dilakukan bagi persediaan tubuh untuk menyusuri denai yang mencabar.



Memasuki trek laluan ke puncak air terjun semua peserta berjalan bersama-sama dengan penuh keseronokkan. Sebenarnya pada pagi itu, terdapat kumpulan lain turut mengadakan aktiviti ke air terjun.



Semasa melintas sungai kedua kami berjaya mengikut kumpulan sebuah keluarga yang turut ke destinasi yang sama.  Kami mengekori sahaja dibelakang mereka untuk memberi pengalaman yang lebih berharga kepada peserta tentang keindahan hutan semulajadi.



Selepas itu, kumpulan kami memberi laluan kepada satu kumpulan lagi ke destinasi yang sama dengan lengkap peralatan mendaki.



Lintasan sungai yang terakhir membawa kami terus mendaki ke air terjun. Tiba di air terjun dalam masa sejam 30 minit dari resort dengan jarak 3.89km dan membakar tenaga sebanyak 425 kalori berdasarkan rekod aplikasi Runkeeper.




Aku turut mengaktifkan aprs bagi merekod kedudukan serta ketinggian. Merujuk data yang direkodkan adalah 274m ketinggian dari aras laut dan koordinatnya adalah 3°12.74' N 101°49.56' E - locator OJ03VF90CX - show map - static map
15.3 km South bearing 176° from Kampung Bukit Tinggi, Malaysia [?]
17.4 km Northeast bearing 63° from Kuala Lumpur, Kuala Lumpur, Malaysia
46.2 km Northeast bearing 64° from Klang, Selangor, Malaysia

Sememang kedudukan air terjun ini sangat tinggi hingga boleh mencapai liputan telefon bagi mencapai data internet.



Adanya internet membolehkan memuat turun gambar ke dalam facebook dan memberi maklumat terkini sepanjang aktiviti berlangsung. Selepas puas bergambar dan menghantar maklumat barulah telefon disimpan bagi menikmati kedingan air terjun ini.
Rugilah rasanya jika disini masih lagi sibuk dengan gajet masing-masing tanpa menikmati keindahan ciptaan tuhan ini.



Boleh dilihat pada pagi ini suasana air terjun begitu meriah sekali dengan pelbagai aktiviti . Rupanya kumpulan yang lengkap dengan peralatan mendaki itu adalah untuk melakukan aktiviti abseiling. Mereka terdiri daripada MadMonkeyz Climbing Gym.



Abseiling menuruni air terjun dengan menggunakan tali memang memberi satu cabaran yang amat besar.



Cabaran mengawal pergerakan ketika menuruni dikawasan cerun yang curam adalah amat sukar baagi yang pertama mengendalikannya. Terdapat beberapa orang peserta telah gagal mengawal pergerakannya lalu jatuh atau hilang imbangan. Lebih lagi keadaan permukaan air terjun yang licin menambahkan lagi tahap kesukaran dalam mengawal pergerakkan.



Ia juga mengajar keberanian kepada peserta serta memberi cabaran tersendiri. Kepercayaan kepada keupayaan tali dalam mengharungi air yang deras serta permukaan yang licin.



Pada tepat jam 12:00 tengahari semua peserta bersiap untuk pulang ke resort selepas puas bermandi-manda. Laluan pulang masih menggunakkan trek yang sama.



Berjalan pulang banyak menuruni bukit lebih bahaya sebenarnya. Tumpuan perlu lebih diberi perhatian dalam menuruni curam yang kadangkala licin akibat hujan pada sebelah malam. Kawasan buluh dilalui menyebabkan perlu merangkak untuk melepasi buluh yang tumbang.



Deruan air sungai yang mengalir dicelah batu memberikan suasan yang mendamaikan. Pada kali ini, aliran sungai agak deras dan lebih banyak berbanding kunjungan pada aktiviti Ladap awal September yang lalu.


Walaupun agak deras, kejernihan airnya tetap menampakan keindahan semulajadinya. Air sungai yang jernih ini melambangkan keaslian hutan masih terpelihara tanpa ada aktiviti pembalakan.



Berjalan dalm satu kumpulan menunjukkan semangat bersatu-padu dan kerjasama antara satu sama lain. Ia juga adalah langkah keselamatan bagi mengelakkan tersasar laluan.



Ketika melintas sungai, peserta perlulah berhati-hati untuk mengelakkan diri terjatuh atau tercedera. Permukaan batu yang licin boleh membawa padah jika kita tidak berhati-hati.



Peluang melihat ikan berenang-renang di dasar sungai yang jernih memberi pengalaman yang berbeza. Ikan berenang riang tanpa diganggu habitat semulajadinya.




Kewujudan ikan dan udang ini sebagai indikator ketulenan air sungai yang masih belum dicemari. Pelajar dapat melihat dengan mata sendiri habitat hidupan sungai.

Perjalanan diteruskan ke Photon Valley Eco Resort semula untuk makan tengahari dan solat zohor.



Keadaan dewan makan yang selesa dan sangat luas serta memberi sentuhan seperti pusat peranginan yang terkenal.





 Aktiviti pada petang itu adalah aktiviti air. Semua peserta dikehendaki menggunakan jaket keselamatan.



Sebelum turun ke dalam air perlulah memastikan pemakaian jaket dalam keadaan kemas. Ini bertujuan untuk mengelakkan ia tertanggal dan boleh membahayakan nayawa penggunanya. Selain itu, kasut juga perlu dipakai bagi mengelakkan kecederaan kaki.



Sebelum memulakan aktiviti air, peserta melalui kawasan rempuhan halangan. Pelbagai halangan telah dibina oleh pihak resort kepada pelanggannya.



Aktiviti rempuhan halangan sangat baik untuk menguji kekuatan fizikal dan mental. Kadangkala ia memerlukan kerjasama berpasukan.



Kemudian peserta ke menara yang masih dalam pembinaan yang mempunyai gelongsor beserta air yang dilepaskan. Perlu menggunakan gelongsor untuk masuk ke dalam kolam.



Peserta sangat teruja dapat menggunakan gelongsor seperti di Taman Tema. Sekali cuba hendak lagi melakukannya. Selepas masuk di dalam kolam , peserta perlu melintasi kolam menggunakan tali yang merintanginya.



Peserta berenang mengikut tali yang direntangi sepanjang kolam ke penghujung.



Tiba di penghujung kolam semua peserta dikumpulkan untuk sesi keyakinan air. Penting bagi peserta menyesuaikan diri dengan penggunaan jaket keselamatan.




Peserta diminta menyesuaikan diri ketika berada di dalam air. Penting bagi mengukuhkan kepercayaan tentang diri ketika di dalam air. Pelbagai formasi dibuat untuk memberi keselesaan tentang penggunaan jaket keselamatan. Selepas keyakinan diri bertambah, semua peserta melakukan semula aktiviti merentangi kolam dengan penuh keberanian.








Pelbagai aksi dapat dilihat semasa menuruni gelongsor masuk ke dalam kolam. Ini menunjukkan keyakinan diri semakin bertambah dan meningkat.



Kemudian semua peserta melakukan aktiviti bermain bola di dalam kolam renang. Mereka kelihatan sungguh seronok apabila dapat berendam.



Selepas mandi dan menyalin pakaian, semua peserta ke dewan makan semula untuk minum petang sebelum pulang ke sekolah.
Semua berasa gembira dan berpuas hati dengan program yang telah disertai.



Suasana Photon Valley Eco Resort juga amat mendamaikan dikelilingi bukit-bukau.




Rumah-rumah tradisi yang ada di sini turut memberi peluang peserta merasai suasana berada di desa.




Rumah tradisi dan mengekalkan senibina melayu  turut memberi pengalaman baru merasai suasana berada di dalamnya.
Akhir kata terima kasih kepada Habsah dan Arif yang turut menjadi guru pengiring bagi memastikan program ini dapat berjalan seperti yang dirancang. Peserta yang bekerjasama sepenuhnya memudahkan perjalanan  program.



Pada masa hadapan bolehlah pula mengadakan program dengan bermalam bagi merasai suasana kehijauan dan kedamaiannya. Turut tidak dilupakan pihak peengusaha resort yang telah memberi perkhidmatan terbaik sepanjang berada di sini walaupun sebentar.





Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...