Monitor V38 Putrajaya

Semalam sudah mula bercuti sempena Deepavali. Sempat juga monitor di frekuensi 145.475MHz. Seperti biasa sebelah malamnya frekuensi ini sentiasa ada stesen berQSO.
Stesen 9W2OTX di Sungai Merab pasti dicopy dengan baik diikuti 9W2PIO di Putrajaya. Ada stesen 9W2JNJ kalau tak salah di Damansara Damai semasa QSO mereka tetapi aku tak menerima.


73, Jojet de 9W2DYA

XPDC Redah Titiwangsa




XPDC Redah Titiwangsa  yang berlangsung 9 hingga 14 Oktober 1997. Sewaktu ini aku aktif dengan rekreasi apabila menjadi ahli Kelab Rekreasi ITM Shah Alam (Kresma)


Seingatku gambar ini diambil di Gunung Brinchang antara gunung yang boleh dinaiki menggunakan kereta. Pada pengalamanku bermalam disini adalah antara yang paling sejuk. Suhunya amat rendah hingga ke tulang apabila sejuk menggigil waktu malam.


Al-Fatihah untuk arwah Rizal yang bergambar disebelahku. Moga rohnya dicucur rahmat.


73, Jojet de 9W2DYA



Teambuiding Village @ Marriot Putrajaya

Sementara menunggu xyl hitea di Zest.
Aku sempat menjenguk keluar lobi. Rupanya terdapat kemudahan untuk aktiviti Teambuilding di Marriot Putrajaya.
































Portable saltmine



Petang ini dapat juga QSO bersama stesen 9W2OZU abg Zul. Walaupun terputus-putus audio yang bermobile masih lagi dapat copy audioku di Bandar Tun Hussein Onn.
Mungkin beliau bermobile di Bandar Baru Bangi. Terima anda 3/8 kadang terputus-putus.


Kedengaran juga audio 9W2OTX yang telah sampai dibasenya Sungai Merab.


73, Jojet de 9W2DYA

Signal report on 8 October 2016



Monitor rakan V38 QSO semalam agak meriah dengan kedengaran audio stesen 9W2ZZC abg Zuma kedengarannya dari Kepong. Frekuensi 146.4125MHz kedengaran jelas sekali audio 9W2ZZC di Kepong oleh ku readability 4/8. manakala kedua stesen lagi 9W2OTX dan 9W2PIO readability 5/9 seperti biasanya.


QSY ke V33 145.4125MHz pula, kali ini audio abg Zuma tidak langsung dapat dicopy olehku. Manakala stesen 9W2UGS Abg Shahril di Bandar Baru Bangi Seksyen 9 terima 5/9. Begitu juga Abg Azman 9W2OTX dan stesen 9W2PIO di Presint 14.


Seterusnya mereka sekali lagi QSY ke V38 145.475MHz dan kedengaran semula audio abg Zuma readability 3/8 dari baseku di Bangi. Mengekalkan penerimaan readability 5/9 adalah 9W2UGS, 9W2OTX dan 9W2PIO walaupun WX hujan malam itu. Satu lagi stesen kedengaran nama Wak rupanya 9M2NDO di Tanjung Karang negative copy.


Manakala sebelah petang pula, sempat aku monitor kedengaran audio stesen 9W2XXV portable Puchong Permai readability 4/8. Beliau QSO bersama stesen 9W2VDN  di Putrajaya yang tidak dapat dicopy audionya.


Pada pukul 6:05 kedengaran audio abg Azman QSO bersama stesen 9W2UMF abg Fuad di Bandar Baru Bangi yang audionya tidak dapat dicopy olehku. Kemudian aku masuk bergabung sehingga jam 6:20 kerana 9W2OTX QRL dengan  tugasan untuk mengambil gambar pemandangan matahari terbenam di Putrajaya. Menurut beliau Abg Yop 9W2VDN portable di Presint 5 menggunakan handy dengan antenna rubber duck sahaja. Tidak hairanlah Sungai Merab audionya dapat diterima.


jumpa dan jumpa lagi.
73, Jojet de 9W2DYA



FENOMENA AIR PASANG BESAR DAN BANJIR PANTAI 15 - 16 OKTOBER 2016

Pada 30 Sept 2016, MARES telah dijemput menghadiri taklimat dan perbincangan bersama agensi dan ngo lain berkenaan ramalan JUPEM berkenaan fenomena air pasang besar dan banjir pantai. Dari maklumat yang didapati, terdapat 4 kawasan utama di Selangor, Perak dan Kedah yang mungkin dilanda banjir kilat.
Selangor:
Tanjung Karang
Kg Tok Muda
Perak:
Bagan Datoh
Kedah:
Kuala Muda
Jangkaan air pasang besar sekitar 14, 15 dan 16 Oktober adalah jangkaan tinggi. NADMA dan Kerajaan Negeri dan pejabat-pejabat daerah yang terlibat dalam perancangan dan gerak kerja untuk mengambil langkah-langkah persiapan awal untuk menghadapi bencana akibat fenomena tersebut. Agensi-agensi penyelamat seperti Polis, Bomba, APM dan APMM juga bersedia untuk menghadapinya dengan pelan tindakan masing-masing.
Komunikasi :
Agensi-agensi yang terlibat akan menggunakan GiRN sebagai sistem komunikasi primary. Perkhidmatan radio amatur diminta untuk bersedia sekiranya diperlukan.
Adalah disarankan rakan-rakan radio amatur dapat bersedia sekiranya dipanggil untuk membantu.
Segala koordinasi persiapan bencana di kawasan yang terlibat diletakkan di bawah Pegawai Daerah masing-masing (selaku pengerusi ajk bencana daerah.
MARES akan dihubungi oleh NADMA melalui group whatsapp agensi/ngo yang dikelolakan oleh NADMA untuk membantu koordinasi komunikasi radio amatur. Oleh yang demikian, sekiranya rakan-rakan, kelab atau komuniti mempunyai masa kelapangan pada 14 - 16 Oktober untuk menjadi sukarelawan emcomm secara individu, atas nama kelab atau komuniti/grup masing-masing, sila whatsapp ke talian saya, 9w2fg 018.661.7037 atau 9w2fd 012.428.0696.
Sekian, terima kasih.

9M2RPN contact OR4ISS



Tepat 2:25 pagi kedengaran audio dari ISS di 145.800MHz. Terima readability 4/8 di baseku Bangi. Ramai juga yang monitor terutama rakan V38. Akhir QSO jam 2:30 pagi ketika ISS melalui sepanjang Semenanjung. Beberapa soalan telah dikemukakan dan dijawab dengan baik sekali. Yang paling jelas kedengaran adalah Thank You Over yang dijawab oleh Takuya Onishi KF5LKS.
Tunggu tahun hadapan pula, untuk program seperti ini yang
credit Mhd Fairos Asillam
 diadakan setiap oktober.














73, Jojet de 9W2DYA








Tweet ARISS



ARISS ct. w/ Sekolah Kebangsaan Jalan Pasar 1, Kuala Lumpur, Malaysia on 06 Oct. Set for 18:24 UTC. The ct. is direct w/ OR4ISS and 9M2RPN.


https://twitter.com/ARISS_status

QSO bersama 9W2OTX dan 9W2OZU



Awal pagi tadi lebih kurang jam 1:15 panggilanku disahut oleh stesen 9W2OTX di Sg Merab. Abg Azman satu-satu stesen yang dapat menerima pemancaranku dengan readability 3/8. QTH diatas bukit memberi satu kelebihan untuk menerima  dari pelbagai sudut. Paling jauh menurut beliau memancar hingga ke Temerloh, Pahang.


Kemudian jam 1:25 pagi pula, kedengaran audio stesen 9W2OZU di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi masuk bergabung. Namun beliau tidak dapat copy audioku maklumlah QRP stesen menggunakan handy sahaja. Terima anda readability 4/8 dari baseku Bangi. Walaupun abg Zul tidak dapat mendengar audioku, maka abg Azman lah menjadi pengantara QSO kami. Biasalah bila bersimplex kadang boleh copy dan kadang kala tak dapat copy. Bergantung radas yang digunakan.


Tapi sebelum itu, aku dapat copy satu stesen iaitu 9W2DFL Faizul QTH Putra Perdana readability 5/9. Beliau sedang QSO bersama Johan kedengarannya yang pasti itu stesen 9W2PJH yang sering ku lihat jelopinya di Alamanda. Semasa QSO kami, abg Azman ada bertanya kepada Faizul samada beliau dapat menerima audioku. Faizul menjawab bahawa negative copy. Nampaknya sampai ke Putra Perdana aku dapat menerima pemancaran.


QSO bertiga kami berhenti hingga jam 2.00 pagi memandangkan semuanya akan saltmine. Seronok dapat rakan baru lagi, QSO berkisarkan tentang APRS, SSTV dan ISS.


Rupanya komuniti radio ham Putrajaya ada group whatsapp dan blog ini telah discrenshotkan. Terima kasih semua rakanV38 Putrajaya membaca tulisanku yang biasa-biasa ini. Tulisan hanya sekadar berkongsi pengalaman dan idea sahaja.


Jangan lupa pagi ini QRV145.800MHz untuk mendengar Angkasawan di ISS akan contact 9M2PRN jam 2:21pagi.


Terima kasih abg Azman dan abg Zul atas QSO dan perkongsiannya. Jumpa dan jumpa lagi


73, Jojet de 9W2DYA



9M2RPN calling OR4ISS


Jangan lupa 7hb Oktober 2016 nanti acara tahunan live communication with ISS.
Kali ini astronot dari Jepun KF5LKS akan menyambut panggilan dari Planetarium.
Acara pada kali akan diadakan awal pagi jam 2.
QRV 145.800MHz untuk menerima audio dari ISS.

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...