Ariff semakin yakin


Ariff Rasydan Fadzli merupakan atlet negara yang membawa cabaran pada Sukan SEA ke-29 2017. Atlet luncur ais ini merupakan bekas pelajar SMKBTHO2. Semenjak di sekolah lagi beliau telah aktif dalam sukan ini hasil dorongan kuat ibubapanya.


Kami para guru di sekolah terus menyokong dan memberikan sokongan dan galakkan terhadap sukan yang diceburinya. Sempena Sukan SEA tidak berapa lama lagi. Tinggilah harapan untuk beliau menunjukkan prestasi yang tinggi setelah berlatih 10 bulan di Korea.

Walaupun berlatih diluar negara, setelah pulang pasti ada ole-ole untuk ingatan gurunya. Beliau amat disenangi dalam kalangan rakan dan guru. Sifatnya yang merendah diri dan menghormati guru amat harus dicontohi.

Sama - samalah kita sebagai rakyat Malaysia mendoakan kejayaan yang gemilang di tanahair sendiri.

Selamat Maju Jaya Ariff. Kami di SMKBTHO2 sentiasa mendoakan kejayaan anda.


No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...