Triathlon Sukan SEA 2017

Hari ini acara triathlon Sukan SEA ke-29 diadakan di Kompleks Sukan Air, Persint 6 Putrajaya. Kategori lelaki bermula jam 7.30 pagi manakala wanita pula jam 8.15 pagi.

Memandu dari Cheras untuk menyaksikan triatlet merebut pingat yang dipertandingkan.  Memandu melalui Sg Ramal yang agak sesak hala ke Putrajaya. Selisih jelopi 9W2YUS hala ke Puchong di SKVE.


Oleh kerana terlewat jalan ke venue telahpun tutup. Ini menyebabkan terpaksa meletak kereta di Taman Seri Empangan.

Mengaktifkan Runkeeper untuk merekodkan aktiviti berjalan menyusur tasik hingga ke venue.

Semasa berjalan, cuba memanggil mana-mana rakan berkelapangan di V38 tetapi tiada sahutan. Terus menghapiri venue kelihatan di tasik ada acara renang sedang dijalankan.


Kemeriahan terasa di venue triathlon menyebabkan tidak sabar ke tempat tuju.
Tiba di sana kelihatan ramai penyokong memenuhi tepi-tepi jalan atlet beraksi.
Atlet lelaki sedang berkayuh untuk menyempurnakan setiap pusingan. Kelihatan chaser sedang bertungkus-lumus untuk mengejar leader dihadapan. Dalam kumpulan pendesak ini termasuklah triatlet negara.
Ramai peminat sukan lasak datang untuk memberikan sokongan.


Para petugas sukarelawan menjaga lalulintas dan teknikal bilangan setiap pusingan peserta. Pegawai teknikal berbaju biru manakala sukarelawan berbaju oren. Manakala pasukan perubatan berwarna putih.


Acara berbasikal masih berlangsung. Leader telah mendahului dengan acara larian 10km.

Leader mendahului dengan meninggalkan jarak yang agak jauh.

Perlumbaan semakin menarik dan masing- masing ingin mendahului perlumbaan.
Kemudian, melihat kawasan transisi yang dilihat basikal kategori kelaki telah tersusun rapi. Ini menunjukkan peserta lelaki sedang melakukan larian 10k.
Pendahulu kategori lelaki mara ke garisan penamat dihadapan grandstand. Berlari penuh bersemangat walaupun cuaca pada pagi itu agak panas.

Triatlet dari Singapura menuju ke garisan penamat yang berada dalam kedudukan pingat gangsa.


Seorang lagi dari Singapura menamatkan tempat ke-4 dalam persaingan yang sengit.

Triatlet Malaysia melepasi garisan penamat dihadapan grandstand.
Gelagat penyokong apabila triatlet setiap negara tiba dihadapan grandstand.
Pengacara majlis bergambar kenangan bersama pemenang pingat emas Huelgas dari Filipina dan juga rakan senegara memenangi pingat perak.


Triatlet wanita Myanmar baru tiba selepas berkayuh 40km sebelum meneruskan larian 10km.
Pada kali ini negara Filipina mendominasi podium.
Basikal triatlet wanita Malaysia yang diletak ditempatnya menunjukkan sedang berjuang dalam disiplin terakhir.
Triatlet sedang berlari dalam pusingan terakhir dalam cuaca agak panas menguji fizikal dan mental.







No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...