CQ DX 9M4IOTA Pulau Indah

9M4IOTA INDAH ISLAND AS-074

We are pleased to inform that 9M4IOTA will be back again this September and this time will be active at Indah Island (AS-074) from September 16 to18, 2017.

The appearance of this time will consist of  9M2AIS, 9M2VDX, 9M2OOO, 9M2ZDX, 9M2ODX, 9M2JEP, 9M2AGC, 9M2UDE, 9M2ROL, 9M2EME, 9M2FDO, 9M2FZK,9W2BFZ, 9W2FOR, 9M2KEV, 9M2EDU and 9W2RGZ.

Hari ini 16 September 2017 Hari Malaysia sempat berkunjung ke Pulau Indah sempena program 9M4IOTA oleh KLDX.


Perjalanan dari Cheras melalui SKVE terus ke Pulau Indah dengan tol RM8.10 dari Plaza Tol Ayer Hitam. Tiba melepasi Tol Pulau Indah terus mencari lokasi malang tersilap masuk jalan keluar ke Klang. Terpaksalah berpatah balik di persimpangan Telok Gong.

Melalui Whatsapp bertanyakan lokasi kepada Ikmal 9M2EDU dan Kayrol 9M2OOO. Setelah dapat lokasi ters ke tempat tuju di sebuah homestay.
Seperti biasa sasaran lensa kamera telefon adalah antena farm di luar kawasan homestay. Dua jenis antena tegak berdiri bersama Jalur Gemilang.
Kain rentang megah digantung diluar rumah maklumkan tentang aktiviti dijalankan. Island on the Air menggalakkan aktiviti dxing di pulau-pulau seluruh dunia. KLDX sangat aktif dalam aktiviti IOTA sehingga isyarat panggilan 9M4IOTA dipilih untuk aktiviti ini.
Antena hexbeam digunakan dipersekitaran petempatan kampung yang dikelilingi kelapa sawit terutama di Pulau Carey.
Jelopi 9M2UDE yang menjadi viral dengan kelengkapan alat komunikasi. Kenderaan bantuan komunikasi kecemasan bersedia  berhidmat memberi pertolongan.

Pada petang itu, sewaktu aku tiba Salim 9W2ZSU dan Ikmal sibuk memasang kelengkapan solar pada jelopi 9M2UDE dan 9M2OOO.

Contoh sistem kelengkapan solar yang terdapat pada jelopi 9W2AGS. Sistem solar  pada kenderaan dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bateri. Ini dapat mengurangkan beban bateri sebut kerana menggunakan punca yang lain. Maklumlah kekerapan aktiviti luar memerlukan sumber tenaga yang banyak bagi memudahkan urusan terutama bermalam di luar.
Jam 6.30 petang baru aku menjenguk ke dalam penginapan 9M4IOTA. Pastilah konti radio sasaran utamanya. Wow! kelihatan tiga buah rig kelihatan diatas meja. Hanya dua buah rig dinyalakan bagi aktiviti dxing ini.
Ini radio yang tidak digunakan semasa kunjunganku itu. Memang menjadi impian dxer untuk memiliki radio seperti ini.
Satu lagi rig bersama amplifier yang bekerja untuk mengejar banyak contact. Pemburu IOTA pasti ingin menambah koleksi mereka apabila terdapat stesen yang mengaktifkan di pulau-pulau tertentu. Pasti 9M4IOTA menjadi sasaran sehinggalah QRT pada hari Isnin 18 September 2017.

Sistem log berkomputer memudahkan rekod setiap contact. Seterusnya mudah menghantar report setelah selesai sesuatu aktiviti dan tujuan pengesahan ke badan- badan yang mengawal selia seperti aktiviti IOTA. 
Selain itu, dapat memantau aktiviti radio di seluruh dunia yang boleh dijadikan panduan melihat band yang aktif.


No comments:

Post a Comment

Batu Tanda Sempadan Negeri WP Putrajaya/Selangor No. 1/72

 Selepas gagal mencari belon KLIA malam tadi. Operasi mencari batu tanda aras dilancarkan pula. Pencarian sekitar Persiaran Selatan dan Pers...