The Epic Adventure MT. Kilimanjaro VS The Mighty African Elephant

Ekspedisi mendaki Gunung Kilimanjaro pada 9-23 September 2017 diketuai oleh pendaki berpengalaman Deeno. Seramai enam pendaki akan mengibaran jalur gemilang sempena Hari Malaysia pada tahun ini.
Sempat menghantar pasukan ini pada 9 September lalu di KLIA. Kesempatan diambil bertemu dua pendaki Everest iaitu Deeno dan Pak Am. Mereka berdua merupakan kenalan penulis yang aktif berekreasi semasa belajar di UiTM Shah Alam.
Mereka meneruskan minat dengan menubuhkan syarikat dalam menganjur aktiviti mendaki gunung Alpine di luar negara.
Pak Am baru sahaja pulang dari ekspedisi Gunung Elbrus, Rusia. Beliau turut terlibat dalam kejadian tanah runtuh akibat cuaca buruk. Namun berjaya diselamatkan bersama pelancong asing tang lain oleh pasukan penyelamat tempatan.

Semoga ekspedisi kali ini berjalan lancar dan selamat pergi dan pulang. Pengalaman ketua xpdc yang tinggi pasti dapat membawa peserta ke puncak dengan jayanya.
Kejayaan ini dapat menjadi inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam mengejar impian dan cita-cita. Bukan mudahlah mengharungi penerbangan yang jauh ke benua Afrika. Gunung Kilimanjaro merupakan gunung yang tertinggi di benua Afrika. Manakala, Gunung Elbrus merupakan gunung tertinggi di benua Eropah.
Aksi tangan bersilang ini adalah lambang X-Kresma merupakan kelab yang memberi banyak pengalaman rekreasi.

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...