Tiga lintasan YB0X-1

Pada hari ini, tiga lintasan YB0X-1 telah berlaku. Lintasan pada hari ini, membolehkan stesen 9W2DYA-2 mendapat 7 packet dari YB0X-1.

Lintasan pagi jam 8:37 hingga 8:41. Manakala, lintasan petang bermula 15:32 hingga 15:41. Seterusnya, lintasan malam berlaku jam 18:59 hingga 19:10.

Berikut merupakan waktu mendapat packet;
8:40:30
15:36:53
15:37:38
15:38:23
15:39:08
19:03:33
19:05:46

Kali ini, stesen HS0BBD memonopoli packet setiap lintasan. Stesen lain adalah YB3MBN-1 dan YD0NXX-4.

Satelit yang lain juga turut diintai jikalau sangkut packet iaitu PSAT, PSAT-1 dan W3ADO-1. Namun masih belum sangkut satupun satelit-satelit yang lain itu.

73, Jojet de 9W2DYA

No comments:

Post a Comment

Musim memburu telah tiba?

  Adakah musim memburu belon telah tiba? Siapkan segala peralatan pemburuan. Pagi ini sekali lagi belon Klia jatuh di kawasan yang sama sepe...